Friday, June 12, 2009

Terkenang Masa Dahulu

Aku malas nak menulis berkenaan politik maklumlah dah lama pencen. Kalau di UIA dulu bukan nak sombong jadi mangsa rujukan politik akulah. Sampai jumpa lecturer pun bukan berkenaan dengan masalah pelajaran, politik yang paling banyak disembangkan. Prof Moten, what u'r view about our local political scene nowadays. Menyibuk saja hinggakan Abdul Rahman Tang pun aku sempat ajukan Ustaz dari parti mana MCA ke DAP? Ahahahahahah, biasanya aku lihat banyak lecturers kat UIA nie ada tiga aliran, Yang beraliran anti-establishment banyak kat AIKOL manakala yang pro-establishment pulak kat Student Affairs dan Econs . Tapi setakat yang aku pernah tahu takdalah pulak yang cuba untuk menunjukkan fikrah masing-masing. Selepas aku graduate tak taulah tapi sejak akhir-akhir ini, ada dah yang menunjukkan taring sebenar.

Ah aku malas nak layan. Sejak aku kena kutuk oleh pro wufi macam dah serik pulak aku nak bercakap pasal politik. Biasanya aktiviti aku semasa di semester akhir ialah dengan membuat discussion dengan members seperti Munawar dan Sean. Biasanya sembang politik secara rasional dengan mengaitkan teori konspirasi. Lepas tu kalau ada banyak masa melepak dengan Zainal dan geng Din kelantan. Aku tak kisahlah kalau mereka tu pro-pas ke atau pro-UMNO€ apa yang penting kami happy apabila bercerita. Kadangkala seronok jugak bersembang sehingga jam 3 pagi. Alahai kesian Munawar kena balik hostel jam 3 pagi. Biasanya ada lagi discussion yang kami buat yang biasanya menaikkan darah iaitu isu Dunia. Aha aha.

 

Dalam tahun 2006 aku tidak balik kerana isu Baitulmal aku, sehinggakan mengundi pun aku tidak balik. Perkara yang aku terkilan sehingga kini. Mengundi untuk memilih ADUN, benda yang penting sekali.

 

Nasib baiklah pada waktu tue Radio Sarawak ada menyiarkan lintas langsung terus ke K.L so dapatlah aku melepaskan rindu selama 13 jam dengan radio sarawak. Gara-gara Pilihanraya negeri, aku dah siap pada malamnya dengan pen dan pamplet untuk mendapatkan keputusan rasmi. Maka aku dan Munawarlah yang ada kat bilik waktu tu. He he apa lagi kami buatlah analisis berdasarkan suratkhabar yang aku beli sejak dari hari penamaan calon. Best gila sampai 2 pagi aku dan Munawar buat analisis. Macam bodoh jugak perbuatan aku macam disuruh pulak. So apabila analisis dibuat tahulah kami trend pengundian di negeri Sarawak, BN cuma boleh mengharapkan sokongan Bumiputera manakala Bukan Bumiputera dah bagi solid kat DAP dan PKR, terutama di kawasan bandar.

 

Apa sebabnya? Akan dijelaskan pada bulan 10 nanti iaitu masa panas untuk memperkatakan tentang pilihanraya Sarawak. Masih ada lagi keratan akhbar, majalah dan juga buku berkenaan dengan pilihanraya negeri Sarawak. Walaupun melabur hampir RM 400 untuk membeli buku yang kebanyakannya original tapi aku tak kisah yang penting aku dapat apa yang aku hendak. 

1 comment:

Unknown said...

Wynn casino opens in Las Vegas - FilmfileEurope
Wynn's first hotel casino in herzamanindir.com/ Las https://deccasino.com/review/merit-casino/ Vegas filmfileeurope.com since opening its septcasino doors in 1996, Wynn Las Vegas is the first 바카라 사이트 hotel on the Strip to offer such a large selection of