Sunday, June 07, 2009

Harap Selagi Bernafas

Selesai menonton dokumentari Rosli Dhoby petang tadi di rangkaian Astro Prima. Aku masih tertanya-tanya di manakah rangka beliau? Untuk rekod Rosli Dhoby dihukum bunuh pada 15 Disember 1949 ketika berusia 18 tahun atau kurang dari itu. Amat menyalahi peraturan yang ditetapkan sendiri oleh pemerintah Inggeris ketika itu. Rosli Dhoby sepatutnya dihukum berdasarkan ordinan juvana. 

Pada 2 Mac 1996selepas 45 tahun menanti) , kubur mereka digali dan sekali lagi negeri Sarawak dikejutkan dengan hilangnya rangka Rosli Dhoby. Yang dibawa naik hanyalah tulang temulang tiga orang yang dikaitkan dengan Rukun 13 yang terlibat secara langsung di dalam pembunuhan tersebut, mereka ialah Awang Rambli Amit, Bujang Suntong dan juga Morshidi Sidek. 

Kenapa Aku Mengagumi Beliau?

Rosli Dhoby bukan sahaja pembunuh malahan dianggap sebagai nasionalis selepas perang dunia kedua. Mengikut warkah terakhir beliau yang berbunyi

Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Frasa pertama menandakan bahawa Rosli Dhoby amat menekankan hal pendidikan. Semua ahli kita menjelaskan keseluruhan keluarganya sehingga ke anak cucu. Pesanan yang padat dari seorang patriot untuk anak cucunya bahawa beliau mati dalam keadaan beliau rindukan dunia akademik. Ciri yang penting kepada seorang patriot amat jelas pada diri beliau.

Frasa kedua selimutkan dengan panji Sarawak. Kerana taatnya beliau kepada negerinya maka sudah layaknya beliau digelar sebagai patriot.

Nasionalis yang sebenar ialah mereka yang memperjuangkan agama kerana agama berada pada tempat tertinggi selepas negara. Frasa ketiga menyebut "janganlah lupa megamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang" jelas menggambarkan nasionalis unggul seperti RoslI Dhoby yang berdakwah kepada keluarganya layak digelar sebagai patriot. 

Rosli Dhoby namanya diabadikan

Berbalik kepada ke manakah perginya rangka Rosli?

Ada teori mengatakan bahawa Rosli tidak mati, malah dihantar ke Singapura dan seterusnya dihantar ke England. 
Hal ini penting kerana bagi menutup kelemahan sistem penghakiman British di Sarawak yang secara jelas melanggar Ordinan Juvana itu sendiri.
Lebih-lebih lagi pada mata dunia Rosli Dhoby boleh dilihat sebagai pencetus gerakan revolusi rakyat. Apa akan jadi sekiranya beliau masih hidup pada ketika itu? Maka segala perencanaan mereka untuk mematikan watak Rosli perlu diwujudkan walaupun jelas bahawa Rosli tidak bersalah, kerana paksa relanya bertindak sedemikian.Kerana terpengaruh atau dipengaruhi. WallahuA'lam

Kini nama beliau menjadi perhatian apabila laporan sebuah akhbar menyebut keluarga yakin Rosli masih hidup. Perjuangan Rosli Dhoby akan diteruskan bukan dengan darah tetapi keringat dan percayalah "Harap Selagi Bernafas"




1 comment:

Ajami Hashim said...

Salaam..

sila tonton mini-siri Warkah Terakhir Rosli Dhoby (8 eps) setiap rabu & khamis 9mlm sepjg bln jun @ astro citra.. w/pun dokudrama ini sudah diadun sejarah+fiksyen, tapi keaslian perjuangan Rosli Dhoby tetap diangkat dgn sempurna.

kudos to wan hasliza – the scriptwriter+director ;-)