Monday, June 22, 2009

Perbicaraan Anwar Ibrahim ditunda ke 8 Julai

KUALA LUMPUR 22 Jun – Perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya diadakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan kepada 8 Julai.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut bagi mendengar dua permohonan lain yang dikemukakan oleh Anwar.

Hakim tersebut menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan Ketua Pembangkang tersebut untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya. - Utusan

Komen: Inilah yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim, tangguh sehingga beliau mati. Anwar tetap Anwar ada sahaja alasannya untuk menangguhkan perbicaraan.

No comments: