Tuesday, June 09, 2009

Politik Sarawak kini secara ringkas

Politik Sarawak masih tenang setenang Sungai Sarawak yang tiada gelora. 
Pemilihan Agung PBB akan berlangsung pada tahun 2010
Dewan Undangan Negeri bagi sesi terakhir penggal ke-10 masih berbaki 1 tahun 11 bulan lagi.
SUPP merupakan parti terawal akan menyiarkan senarai calon.
Suasana sedih di dalam keluarga YAB Ketua Menteri Sarawak masih belum membenarkan beliau untuk mengumumkan senarai kabinet barunya.
Krisis kepimpinan PRS masih belum selesai, tetapi diusahakan secara dalaman. 
Adun Ngemah Gabriel Adit yang menjadi calon BEBAS dalam pilihanraya dahulu  menyertai pembangkang iaitu PKR.
PKR mengadakan reformasi di dalam kepimpinan negeri dengan melantik Mustafa Kamil Ayub sebagai Pengerusi Negeri. Manakala Dominique Ng menjadi penasihat parti bersama-sama Datuk Hafsah dan Encik Wan Zainal.
Parti PAS optimis dengan sokongan yang mereka dapat daripada rakyat Sarawak walaupun beberapa kali tewas semenjak 2001. 
Tiada halangan untuk Anwar dan Lim Kit Siang datang ke Sarawak, melainkan jika mereka menghasut rakyat. 
Penulis blog Sarawak sudah menjadikan laman siber sebagai cara untuk meluahkan perasaan mereka, untuk menuntut "sejarah semalam".
Kebanyakan penulisan mereka menyentuh kepada rintihan rakyat di luar bandar yang dikatakan kurang diambil perhatian. 
Para pemimpin negeri dianggap tiada inisiatif untuk berperang di laman siber bahkan jika adapun laman web tidak diselenggara dengan baik dan informasi kurang memberi kesan kepada rakyat. 




No comments: