Friday, August 21, 2009

Jom Masuk Syurga

Mudah sahaja untuk masuk syurga

Kouta: Islam dan bukan Islam asal jadi PENYOKONG dan PENGUNDI PAS
2 juta sepanjang saf syurga vacant mulai 1987.

Ahli UMNO yang murtad dari UMNO juga dipelawa memohon tetapi hanya duduk di tempat terendah dalam syurga

Ahli syurga sekutu yang keluar dari neraka selepas diseksa selama 51 tahun (1957-2008) iaitu Ahli PETIR (sekarang DAP), Sosialis, Parti Rakyat dan Ahli-ahli Pembangkang selain PAS diminta untuk memperbaharui permohonan dengan menyertai Malaikat Anwar ul liwati. Hanya mereka yang konsisten dengan pembangkang sahaja dan bukannya murtad dan masuk UMNO.

Umat lain yang dilarang ke syurga ialah Muslim Palestin yang sesat daripada Islam PAS

P/s Parti PAS seolah-olah menjadi Khawarij moden yang selalu mengkafirkan umat Islam lain, yang tidak sehaluan dengan mereka. Ingat Nabi S.A.W. memerangi Khawarij kerana mereka bukan sahaja memusuhi rakan seagama malahan memusuhi Nabi S.A.W.

Tuesday, August 18, 2009

Perpaduan Rakyat? dalam asas sosio ekonomi masyarakat Sarawak

Sudah dua tahun aku tidak ke Kuala Lumpur kali terakhir ialah pada Konvokesyen 2007 yang lalu. Pada tahun itu jugalah gerakan BERSIH untuk pilihanraya dilancarkan yang kononnya 100,000 orang berarak menghampiri Istana Negara untuk menghantar memorandum agar diwujudkan pilihanraya yang bersih dan terjamin integritinya. Pada masa itu aku sudah merasakan ada yang tidak kena di bumi Semenanjung dan situasi politik Semenanjung yang menampakkan kegoloraannya.

Pada tahun 2008, aku menjejakkan kaki ke Institut Perguruan sebagai murid IPG KPLI. Di kala mendengar ucapan alu-aluan pengarah yang bertemakan perpaduan, katanya" perpaduan rakyat berbilang kaum di Sarawak dan di Malaysia perlulah dikekalkan bagi mengelakkan keruntuhan isntitusi sosial" saya masih ingat lagi katanya kerana saya amat tertarik dengan ucapan tersebut. Katanya lagi " semasa saya berada di Kuala Lumpur ketika menghadiri satu persidangan di sana, rombongan kami telah dikejutkan dengan satu insiden demonstrasi yang membabitkan ramai pihak yang amat luar biasa lagi. Pelbagai sentimen perkauman yang boleh menggugat kemakmuran negara dan kedamaiannya dimainkan". Hal itu katanya lagi amat mendukacitakan.
Walaupun rakyat di Sarawak bersatu padu dan hidup dalam harmoni dan menganggap insiden tersebut sebagai hal luaran, kita janganlah buat tak kisah sahaja (take it for granted). Beliau menambah berlaku sesuatu yang tidak kena di Kuala Lumpur dan kawasan di sekitarnya apabila isu perkauman dilaga-lagankan dengan keadaan politik semasa.
Kesannya, pada Mac 2008, iaitu genap dua bulan aku belajar, berlaku satu gelombang politik yang dasyat dan merobah terus lanskap politik Malaysia di mana jurang perkauman menjadi semakin melebar dan mendalam.

Perpaduan kaum di Sarawak amat teguh, selepas beberapa ratus tahun. Walaupun terdapat segelintir daripada kelompok yang tidak berpuas hati, namun citra perpaduan Malaysia di Sarawak menepati standard perpaduan kaum yang harmonis dan dinamik.

Saya risaukan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan keadaan sosio ekonomi kaum di Sarawak. Ramai yang menganggap kakitangan awam negeri dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja, sehinggakan tempat bagi kaum minoriti ditiadakan. Tetapi percayalah Sarawak merupakan negeri di Malaysia yang mempunyai kakitangan pelbagai kaum yang paling dinamik sekali kerana terdapat lebih 24 kaum yang bekerja di bawah pentadbiran negeri. Begitu juga kakitangan Persekutuan di Sarawak.

Sosio-ekonomi iaitu salah satu daripada teras politik dinamik masyarakat, merupakan senjata yang paling ditakuti oleh para pemuka politik. Jika sesebuah kawasan pilihanraya terdapat penduduk yang melarat, maka ahli politik yang terlibat akan dipersalahkan kerana mengabaikan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Apatah lagi jika sesetengah yang daif itu daripada kaum yang berlainan dengan ahli politik terbabit. Sendiri fikirkan......................