Semenanjung Gaza sebuah wilayah di tebing barat yang bersempadan dengan Sinai di Mesir telahpun selamat ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin. Alhamdulillah akhirnya pihak rejim Zionis mengembalikan semula hak pihak Palestin yang telah 38 tahun diceroboh oleh pihak mereka.
Apakah yang mendorong rejim zionis mengembalikan tanah Gaza?
Atas desakan Amerika? Perjuangan bangsa Arab ataupun Inisiatif mereka sendiri yang "Ikhlas"
Sebenarnya tidak sama-sekali.
Pakar Sejarah seperti Dr Mohsen M. Salleh mantan Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun mengatakan bahawa ada strategi tersirat yang telah Israel rancangkan dalam mengembalikan wilayah GaZA pihak Palestin. Hal ini disebabkan hanya 4 dari 8 kawasan yang diduduki oleh Israel yang dikembalikan.
Penduduk diberi pampasan yang begitu tinggi dalam proses memindahkan mereka dari Gaza dan sumber tajaan tersebut adalah dari Amerika Syarikat yang menjadi proksi Israel sejak 60 tahun dahulu.
Rakyat Israel tidak mahu berpindah ke bahagian utara kerana di Gaza sendiri telah lama dimajukan dan lebih selamat bagi mereka daripada Tel Aviv sendiri di bahagian Barat Laut.
Israel berundur atas satu matlamat agar pihak Palestin leka sedikit tentang kawalan mereka yang teratur di AL-Quds (Baitul Maqdis) di wilayah Timur.
Apabila penduduk Palestin leka maka pada satu tarikh yang akan ditetapkan mereka akan mara ke Timur dan akan bertapak di wilayah sempadan al-Quds di selatan dengan lebih kukuh lagi.
Hal ini tidak mustahil jika diamati perpindahan penduduk ke kawasan utara bersempadan di Al-Quds umpama terancang.Di mana mereka dipindahkan bukan di Tel Aviv tetapi di kawasan Utara dan lagi bukannya di keseluruhan Gaza dikosongkan malahan empat-tempat strategik seperti di Haifa dan Jenin tidak dikosongkan
Perang Psikologi oleh penduduk Yahudi di Gaza sebelum tempoh perpindahan berjaya menarik simpati pihak rejim zionis yang mana tindakan degil mereka itu tidak diambil secara kekerasan malahan dengan cara berlembut.
Oleh itu janganlah kita terpedaya dengan tipu muslihat Zionis kerana dalam ketidaksepakatan mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka tidak semestinya matlamat mereka berlainan. (Dalam menghancurkan umat Islam)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment