Kiranya dah hampir setengah tahun aku tidak post entry terbaru. Sudah lama tapi akut tidak pernah lupakan tapak ini walaupun komitmen tugas yang paling utama.
Politik Sarawak hari ini amat senang untuk diperkatakan iaitu dalam keadaan aman damai. Banyak perkara yang diperkatakan tetapi dapat diatasi dengan kebijaksanaan seorang pemimpin. Iaitu Y.A.B Pehin Seri Ketua Menteri Sarawak.
Realitinya bukan membodek tetapi hakikatnya dengan kebijaksanaan beliaulah tidak nampak sangat kekotoran yang tercalit di baju-baju ahli politik senior negeri apatah lagi pentadbirannya. Cuma apa yang cukup menggalakkan ialah Parti Pembangkang yang sememangnya bersentimen dan Parti SUPP yang masih lagi alah dengan pengaruh akar umbi di kawasan masing-masing.
Dalam beberapa bulan yang lalu, orang kampung di mana saya bertugas telah membuat satu bantahan awal di mahkamah mengenai masa depan tanah yang mereka duduki. Mereka mengatakan bahawa tanah yang mereka duduki ialah NCR manakala bagi pihak kerajaan NCR memang tidak wujud di kawasan itu. Bagi saya NCR memang tidak pernah wujud dan status tanah tersebut sebagai tanah negeri perlu diakui. Cuma hak mereka sebagai penduduk di kawasan tersebut hendaklah dipertimbangkan dengan sebaik mungkin. Tetapi persoalannya ialah berapa banyak yang mereka minta lagi? Adakah mereka sanggup melihat anak-anak mereka berjalan kaki sejauh 3-4 jam hanya semata-mata hendak ke pasar dan mencari bekalan gas dan diesel mereka?
SUPP dan akar umbinya. Satu persoalan adakah senang untuk SUPP survive di kawasan-kawasan hitam mereka seperti di Kuching, juga Sarikei yang sekarang ini masih lagi berada di bawah pengaruh pembangkang? Jika daripada maklumat yang saya dapat, kemenangan SUPP ke atas kerusi-kerusi yang mereka tewas pada pilihanraya 2006 yang lepas ialah 40 peratus. Terutama sekali di kawasan bandar yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Kenapakah perkara ini berlaku? Hal ini melibatkan isu nasional. Walaupun di Sarawak pergeseran antara kaumnya amat kurang dan sentimen itu juga nipis, tetapi prestasi politik nasional tidak sebegitu rupa. Jika sentimen nasional ini menggugat pemikiran pengundi Cina, janganlah SUPP mendabik dada jika saya katakan di sini, SUPP akan hanya menjadi tidak lagi relevan kepada Barisan Nasional Pusat dan Negeri Suatu hari nanti. Apatah lagi parti pembangkang seperti DAP dan PKR sedaya upaya mempengaruhi pengundi Cina untuk tidak menyokong BN dan membesar-besarkan isu mereka dapat menembusi Pulau Pinang dan Selangor.
SPDP dan PRS masih stabil sehingga kini. Walaupun PRS telah diuji dengan pilihanraya kecil DUN Batang Ai pada April lepas, tetapi PRS tetap berharap calonnya di Pelagus dapat diterima dengan sebaik mungkin. Dan adakah PRS akan mencalonkan Lerry Sng di atas tiket BN. Walaupun umum mengetahui Larry sudahpun ditolak dari kem Masing setahun lebih yang lepas.
SPDP, merupakan parti yang aman sedikit walaupun ditimpa dengan masalah calon pada pilihanraya yang lepas. Masakan tidak mereka terlepas Ngemah yang menjadi kubu kuat Gabriel Adit yang kini menjadi Pengerusi Parti Cinta Malaysia, sudah pastilah akan menggasak kawasan tersebut pada pilihanraya depan.
PBB yang akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan tiga tahun pada Mac 2010 tidak akan melalui laluan sukar walaupun ada suara-suara sumbang yang mahukan parti ini diajar pada pilihanraya yang akan datang. Tidak tahulah setakat mana "ajar" yang ingin mereka buat ke atas PBB.
Cuma diharapkan barisan hadapan PBB pada tahun hadapan, dan tiga tahun ke hadapan merupakan barisan yang dinamik dan berupaya untuk menarik sokongan belia di dalam pertubuhan tersebut. Diharapkan juga calon yang sudah luput tarikhnya dilupuskan segera kerana pengundi hari ini sudah tahu menilai yang" mana aktif dalam Facebooknya dan mana yang sombong tidak mahu menerima rakan Facebooknya."
Jadi ramalan politik saya setakat ini ialah BN masih lagi bakal membentuk kerajaan pada pilihanraya yang akan datang sekiranya mereka dapat berubah. Terima kasih isu nasional yang bakal menarik minat generasi literasi komputer untuk setia bersama Barisan Nasional.
P/S: Penulis sebenarnya baru sahaja rapat dengan dunia politik negeri sejak tahun 2006 walaupun keakraban penulis kepada politik Sarawak cuma pada tahun lepas sahaja, kerana baru menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang selepas 6 tahun merantau.