Aku nak cerita sikit kisah lembu. Lembu nie binatang suci bagi penganut Hindu. Jika di Kedai Mamak walaupun Islam, gulai lembu pun jarang kita nak tengok, akibat sucinya lembu ini bukan sahaja di kalangan Hindu tetapi India Muslim pun melihatnya sebagai haiwan suci kerana pengaruh Hinduism semasa di India.
Lembu ohhh lembu ceritanya begini
Akibat sucinya lembu maka kejadian segelintir Muslim di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu didakwa di Mahkamah. Kerana memperlihatkan kecenderungan untuk bersifat perkauman.
Kejadian itu walaupun sebenarnya ingin menunjukkan simbol kebodohan pimpinan kerajaan Selangor, akibat dieksploitasi, akhirnya menjadi dua makna walaupun konotasinya hanya satu iaitu BODOH.
Marilah kita sama-sama berfikiran waras dalam tindakan kita walaupun kadang-kala amat sukar untuk memikirkan kewajarannya. Wallahualam.........