Saturday, July 04, 2009

Siapakah Anwar Ibrahim ?

Kredit untuk http://rmf7.wordpress.com


Telah banyak post dikeluarkan mengenai siapakah Anwar Ibrahim yang telah diangungkan oleh pihak PKR sehinggakan tiada satu pun yang boleh menukar fikiran mereka untuk berfikir sejenak secara matang.
Kita bukan membenci Anwar Ibrahim kerana namanya Anwar Ibrahim, akan tetapai kita tidak menyetujui apa yang telah beliau lakukan demi membolehkan beliau menggunakan kedudukan atau jawatan diperingkat antarabangsa yang akan menggangu gugat kita di Malaysia.
selama ini kita dimomokkan dengan pelbagai isu yang melibatkan beliau didalam arena antarabangsa tetapi semua itu masih tiadak ada ruang bagi pengikut beliau untuk mempercayainya.
Oleh yang demikian satu pembokaran yang telah dilakukan oleh seorang blogger di luar negara mengenai penglibatan Anwar Inrahim didalam pertubuhan-pertubuhan yang akan membawa kepada satu ideologi yang tidak bersesuaian dengan masyarakat kita di Malaysia.
Ikuti pembongkaran penglibatan Anwar Ibrahim didalam pertubuhan antarabangsa oleh Steven Clemons.
Sumber Oleh : AIDC
Semua rakyat Amerika tahu Steve Clemons seorang blogger terkemuka. Dia juga merupakan pemikir politik Amerika dan penulis terkenal. Di bolgnya, The Washington Note, dia dedahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam dua organisasi paling bahaya di Amerika. Dua organisasi rahsia yang dimaksudkan itu berkait dengan badan perisikan luar Amerika (Foreign Policy).
“Foreign Policy” bermaksud badan perisikan luar atau CIA
Laporan RAND Corporation, menyebut istilah “Foreign Policy” (Dasar Luar Amerika) merujuk kepada badan perisikan luar Amerika Syarikat yang mendapat latihan CIA. Bidang kewartawanan adalah target CIA. Sama ada anggota CIA dilatih menjadi wartawan atau wartawan yang sedia terpilih direkrut menjadi agen CIA.Kedua-dua maksudnya sama, kedua-dua agen CIA.
Media antarabangsa rangkaian CIA aka “Foreign Policy” adalah Time, Newsweek,U.S. News, World Report, The New York Times, The Wall Street Journal, The Washington Post, CNN, ABC, CBS, NBC Kebanyakan media ini dikawal oleh kumpulan Yahudi klik di sini
Menurut RAND Corporation watak seperti Anwar Ibrahim dikenali sebagai “exile figures“(tokoh-tokoh terbuang). Modus operandi “exile figures” diperkenalkan sejak zaman Perang Dingin (Cold War) ketika Amerika melawan Komunis. Dalam cadangan RAND Corporation kepada kerajaan Amerika, model “exile figures” semasa Cold War hendaklah diadaptasi semula dalam memerangi teroris Islam.
Menurut modus itu, CIA akan mengenal pasti beberapa “exile figures” yang bermasalah di negaranya yang dipecat atau melawan kerajaan sedia ada dan “exile figures” itu akan diberi suaka politik di Amerika.
Langkah pertama CIA akan meletakkan “exile figures” ini di universiti-universiti tertentu. Langkah kedua, menjadikan “exile figures” itu sebagai penceramah dalam program anjuran Amerika di luar negara atau mengendalikan program-program tajaan Amerika.
Tujuannya untuk proses re-branding semula “exile figures” supaya dikenali semula di persada dunia. Dalam proses re-branding itu media-media antarabangsa akan memainkan peranan untuk memberi publisiti kepadanya.
Langkah terakhir, “exile figures” itu akan memainkan peranan semula di negara asalnya, dalam bidang politik untuk mencapai visi Amerika. (Rujuk Laporan RAND Corporation, “Building Moderate Muslim Networks”, muka surat 14-15)
Sejauh mana pendedahan Steve Clemons berwibawa ?
Steve Clemons mempunyai blog popular bernama The Washington Note.Fokus tulisan “foreign policy”. Tulisannya berwibawa hingga dijemput jadi kolumnis di dua blog terkemuka lain di Amerika iaitu The Huffington Post dan Daily Kos.
Selain itu dia adalah salah seorang ahli think tank Amerika yang boleh keluar masuk ke White House. Dia salah seorang pemikir kerajaan Amerika. Dia tahu luar dalam apa yang sedang dan akan dilakukan oleh White House. Dia adalah Pengarah the American Strategy Program salah satu cabang organisasi kepada badan pemikir terkemuka Amerika iaitu the New America Foundation. Dia juga bekas Pengarah the Japan Policy Research Institute.
Maknanya pengalamannya dalam bidang “foreign policy” cukup luas. Bukan setakat di White House, malah tahu mendalam tentang dunia Timur kerana pernah menumpukan kepada negara Jepun.
Banyak lagi jawatan Clemons yang glamour seperti bekas Naib Presiden Economic Strategy Institute, bekas Pengarah the Nixon Center for Peace and Freedom, pernah berkhidmat sebagai Lembaga penasihat the Center for United States – Japan Relations di RAND Corporation dan sekarang berkhidmat sebagai Senior Policy Advisor dalam bidang Economic and International Affairs kepada Senator Jeff Bingaman .
Satu lagi perkara menarik mengenai Clemons adalah penulisannya bercorak penyiasatan yang berpandukan fakta. Penulisannya bercorak pendedahan, tetapi pendedahan yang benar dan akhirnya dia menang.
Misalnya pendebatannya dengan Doug Bandow, fellow kanan di Cato Institute berakhir dengan kemenangan apabila Clemons berjaya membongkar perkaitan Doug Bandow dan Institut Cato dibayar oleh pelobi Yahudi, bernama Jack Abramoff. Clemons mendedahkan berlaku korupsi dalam badan pemikir Amerika termasuk Doug Bandow, Institut Cato dan Jack Abramoff.
Anwar Ibrahim juga terlibat dalam “foreign policy” Amerika. Pengkhususannya di Asia dan Asia Tenggara. Bermakna Anwar dan Clemons saling mengenali kerana kedua-duanya terlibat dalam dasar luar Amerika Syarikat.
Apakah Clemons bongkar tentang Anwar ?
Ketika Presiden Bush membicarakan proses rundingan damai Israel-Palestin yang dinamakan Annapolis Summit, Clemons dedahkan senarai penyokong yang menandatangani perjanjian itu yang terdiri daripada tiga badan pemikir tajaan Amerika iaitu The International Crisis Group (ICG), The New America Foundation dan United States Middle East Project. Nama Anwar juga turut tersenarai.
Ketika nama Paul Wolfowitz menjadi bualan hangat di Amerika kerana skandalnya di Bank Dunia dengan teman wanitanya, Shaha Ali Riza, sebuah badan rahsia yang mempunyai kaitan dengan mereka berdua turut disebut. Badan itu adalah Foundation For The Future (FFF). Sekali lagi nama Anwar turut disebut yang menjadi bahan bukti laporan jawatankuasa tatatertib Bank Dunia.
Sekali lagi Clemons bongkar bahawa badan itu (FFF) merupakan projek rahsia pemerintahan Bush di Timur Tengah yang mendapat tajaan sepenuhnya kerajaan Amerika.
1. Anwar terlibat International Crisis Group(ICG) – tandatangan Annapolis Summit -iktiraf negara Israel
Sebelum menjelangnya pemilihan Presiden baru Amerika, Presiden Bush berusaha mengembalikan sokongan Israel untuk parti Republikan dengan cara menganjurkan usaha damai antara Palestin (diwakili Mahmod Abbas) dengan Israel (diwakili Ehud Olmert) yang dinamakan The Annapolis Summit.
The Annapolis Summit diadakan pada 27 November 2007, di United States Naval Academy di Annapolis, Maryland, United States. Presiden Bush mengusulkan cara terbaik penyelesaian konflik Israel-Palestin dengan cara mengiktiraf Dua Negara iaitu Negara Israel dan Negara Palestin (two-state solution).
The Annapolis Summit 2007 anjuran Presiden Bush di antara Ehud Olmert (Israel) dengan Mahmoud Abbas (Palestin). Ehud Olmert bersetuju dengan perjanjian itu kerana dia akan mendapat pengiktirafan dunia Islam, Israel sebagai sebuah negara yang sah. Mahmoud Abbas juga bersetuju kerana dia dan kumpulan Fatah akan dilantik menjadi Presiden Palestin boneka Israel dan Amerika Syarikat.
Majoriti Palestin tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana menguntungkan Israel kerana Presiden Palestin yang bakal dilantik adalah boneka Israel dan Amerika Syarikat iaitu Mahmoud Abbas. Manakala negara jiran terutama Iran dan Syria tidak bersetuju dengan Annapolis Summit kerana dapat mengesan taktik jahat Amerika dan Israel untuk mewartakan Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah.
Sedangkan masa depan rakyat Palestin masih samar-samar , kerana Mahmoud Abbas yang bakal dilantik Presiden Palestin merupakan mewakili minoriti penduduk Palestin. Majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas melihat perjanjian itu sebagai gula-gula Israel hanya semata-mata untuk mendapat status sebagai Sebuah Negara Sah, dan dalam masa sama melantik presiden boneka Israel di Palestin. Klik di sini
Pada 10 Oktober 2007 (sebulan sebelum berlangsungnya persidangan Annapolis Summit) tiga badan pemikir Amerika iaitu United States Middle East Project; International Crisis Group (ICG) dan New America Foundation/American Strategy Program telah menghantar surat kepada Presiden Bush dan Condoleeza Rice sebagai tanda sokongan dengan memberi beberapa cadangan tambahan. Mereka amat berharap Annapolis Summit mencapai objektif sepenuhnya, dan tidak gagal seperti Camp David yang pernah diusahakan sebelum ini.
Di sinilah Steve Clemons mendedahkan nama-nama yang telah menandatangani surat sokongan Annapolis Summit itu. Turut disenaraikan adalah nama Anwar Ibrahim.
Senarai nama itu diperolehi oleh Steve Clemons kerana dia merupakan salah satu badan penganjur (New America Foundation/American Strategy Program) yang terlibat menyediakan draf surat sokongan dan dia sendiri turut menandatanganinya.
Kesemua yang menandatangani surat sokongan itu terdiri daripada bekas pimpinan kerajaan Amerika dari bekas CIA, USAID dan badan pemikir Amerika. Kesemuanya beragama Kristian dan Yahudi. Hanya Anwar Ibrahim dan beberapa orang Muslim pro-Amerika yang beragama Islam yang menandatangani surat itu. Anwar ketika itu menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika Syarikat.
Senarai nama lengkap penyokong Annapolis Summit didedahkan Clemons, klik di sini

Kandungan surat kepada Presiden Bush
Surat yang ditandatangani oleh Anwar itu mengesyorkan lima perkara utama iaitu;
1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1
2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin
3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.
4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula
5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin
Daripada lima perkara itu, perkara pertama merupakan inti utama yang menjadi matlamat mereka. Mereka mahu Israel diiktiraf sebagai sebuah negara sah. Itu sahaja matlamat sebenar surat itu. Klik di sini
Sejak bila kumpulan Yahudi dan pro-Amerika bersimpati dengan nasib Islam di Palestin. Mereka mahu negara Israel diiktiraf. Siapa tidak kenal Theodore C. Sorensen, Zbigniew Brzezinski, Harriet Babbitt, Shlomo Ben-Ami, Edward Djerejian, Samuel M. Hoskinson, Flynt Leverett, Theodore Roosevelt IV. Mereka semua bangsa Yahudi yang tidak pernah simpati kepada Palestin.
Ketika majoriti negara Islam termasuk Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan Negara Israel, Anwar pula menandatangani persetujuan penubuhan negara Israel sah, atas alasan penyelesaian perdamaian, two state solution.
Anwar iktiraf negara Israel ?
Bagaimana nama Anwar boleh terlibat ?
Gareth Evans, Presiden International Crisis Group mengumumkan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Board of Trustees mulai 1 Julai 2006, semasa persidangan ICG di Brussels. Turut dilantik bersama Anwar adalah Shlomo Ben-Ami, bekas Menteri Luar Israel. Klik di sini
Pada 4 Oktober 2006, ICG melancarkan kempen penyelesaian masalah Israel-Palestin berasaskan resolusi UN Security Council 242 of 1967 and 338 of 1973, the Camp David peace accords of 1978, the Clinton Parameters of 2000, the Arab League Initiative of 2002, and the Roadmap proposed in 2003 by the Quartet (UN, US, EU and Russia).
Anwar Ibrahim dalam mesyuarat International Crisis Group. Gareth Evans (kanan), Presiden dan CEO International Crisis Group (ICG) dan Anwar Ibrahim (no 2 dari kanan), Executive Committee ICG Klik di sini.
ICG merupakan badan yang menyediakan draf surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush yang mencadangkan resolusi “two state solution” iaitu mengiktiraf Isarel sebagai sebuah negara yang sah.
Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah semua Ahli Jawatankuasa ICG termasuk, Anwar Ibrahim, Gareth Evans, Shlomo Ben-Ami, George Soros, Desmond Tutu, Mary Robinson, Surin Pitsuwan, Morton Abramowitz dan lain-lain. Senarai lengkap klik di sini
Bermakna jika Steve Clemons mendedahkan nama Anwar tersenarai dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007, perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ICG terlebih dahulu telah mengadakan mesyuarat yang sama pada 4 Oktober 2006.
Lagipun selain Anwar Ibrahim, terdapat beberapa nama lain yang turut disenaraikan mewakili ICG. Mereka adalah Gareth Evans, Lee H. Hamilton, Carla Hill, Shlomo Ben-Ami,Christopher Patten dan lain-lain.
Siapa di belakang ICG ?
Bagaimana Anwar boleh terlibat dalam organisasi ICG yang menghukum Majelis Ulama Indonesia (MUI) sebagai bahaya ?. Dalam kes ICG dan MUI, kumpulan mana yang bahaya ?. Klik di sini
Bahayakah MUI kerana mengharamkan Islam Liberal dan Ahmadiyah di Indonesia ? Klik di sini
Jadi apakah matlamat ICG, polis dunia yang menghalalkan Islam Liberal ?. Siapa sebenarnya di belakang ICG dan apakah matlamat mereka ?
Menurut wikipedia, ICG ditubuhkan pada 1995 oleh Bank Dunia. Cadangan ini diusulkan oleh Mark Malloch Brown (Vice-President World Bank), Morton Abramowitz (bekas diplomat US ) dan Fred Cuny, untuk ‘memantau’ bencana di Chechnya. Klik di sini
Menurut Source Watch, ICG ditaja oleh beberapa yayasan Yahudi antaranya; Ford Foundation, Open Society Institute, the Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, Carnegie Corporation of New York dan lain-lain. Klik di sini
Penglibatan George Soros, sebagai US Board member ICG menjelaskan lagi matlamat ICG. Soros merupakan Yahudi Amerika yang menjadi penaja utama ICG melalui badannya iaitu Open Society Institute.
Anwar terlibat dalam organisasi yang dibiayai oleh Yahudi ?
2. Anwar terlibat Foundation For The Future – salurkan dana & senjata Fatah perangi Hamas ?
Penubuhan Foundation For The Future (FFF) tidak diketahui oleh majoriti rakyat Amerika. Tetapi hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika dan badan-badan pemikirnya. Kes ini meletup apabila penyiasatan terperinci dilakukan ke atas Shaha Ali Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang menjadi isu di Bank Dunia dan badan ini (FFF) dikaitkan dengan peranan Shaha Ali Riza.
Ketika rakyat Amerika dan masyarakat dunia tertanya-tanya, siapakah Shaha Ali Riza dan apakah perkaitannya dengan FFF dan kerajaan Amerika, Steve Clemons pada 14 April 2007 sekali lagi membuat pendedahan di blognya, The Washington Note bertajuk “America Spent $35 million on Foundation for the Future Where Wolfowitz Lover Worked — but State Department Does Not Know Where the Office is Located” Klik di sini
Namun Anwar dalam kenyataan medianya pada 20 Mei 2007, menafikan yayasan yang dipimpinnya mempunyai kaitan dengan Amerika, apatah lagi lagi ditaja oleh Amerika.
Kenyataan media Foundation for the Future Anwar berbunyi;
“Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan” klik di sini
Tetapi Steve Clemons memberi bukti kenyataan media Jabatan Negara Amerika yang menunjukkan FFF ditaja sebanyak $35 milion oleh Amerika Syarikat. Klik di sini
Anwar Ibrahim Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future. Sandra Day O’Connor (no 3 dari kanan), bekas hakim Mahkamah Tinggi Amerika semasa pemerintahan Ronald Reagan dilantik khas oleh kerajaan Amerika untuk menjadi master mind sebenar dalam yayasan itu. Klik di sini
Malah laman Jabatan Negara Amerika menceritakan secara terperinci, maklumat-maklumat Faoundation For The Future yang cuba disembunyikan oleh Anwar. Yayasan ini tidak ditubuhkan oleh Anwar sepertimana yang didakwa tetapi ditubuhkan oleh BMENA (digerakkan oleh Shaha Riza dan Liz Cheney) dan diumumkan oleh Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika di Bahrain pada 2005. Klik di sini
Pada 2 Februari 2006, Jabatan Negara Amerika mengumumkan pelantikan Anwar sebagai board of director FFF. Klik di sini Jabatan Negara juga melaporkan beberapa orang lagi board director dilantik, termasuk Sandra Day O’Connor dari United States yang menjadi pemain utama yayasan itu. Klik di sini
Untuk mengetahui rahsia Foundation For The Future yang cuba disembunyikan Anwar, baca artikel sebelum ini, bertajuk “Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future”. Klik di sini
Kenapa Anwar sembunyikan fakta FFF, apa agenda badan ini ?
Masyarakat Amerika mempertikaikan kenapakah ibu pejabat FFF dirancang akan dibina di Beirut, Lubnan. Kenapa Beirut, kenapa tidak di Baharin, tempat yayasan itu dilancarkan ?
Menjawab persoalan ini, Billmon, blogger Amerika terkemuka di the Daily Kos menulis;
“Ok, sila kaji persoalan ini dengan laporan terkini Seymour Hersh (seorang wartawan penyiasat terkemuka Amerika) berhubung sokongan gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan anti-Hezbollah Sunni di Lubnan. Selepas menghayatinya, sila renungkan kembali dengan mendalam mengenai skandal Iran-Contra dan pengunaan yayasan-yayasan kebajikan palsu sebagai topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra DAN membiayai beberapa tokoh neocon”
Iran-Contra yang dimaksudkan oleh Billmon merujuk “Iran-Contra Affair” semasa pemerintahan Ronald Reagan, di mana kegiatan CIA menjual senjata haram kepada Iran melawan Iraq dan bantuan kewangan CIA kepada kumpulan penentang (Contra) kepada Anastasio Somoza Debayle di Nicaragua. Skandal Iran-Contra menjadi isu utama di Amerika apabila dibongkar oleh para wartawan, akhirnya Reagan menjadikan Oliver Laurence North, dari National Security Council (NSC) sebagai kambing hitam dan dihukum penjara.
Hakikatnya pemenjaraan Oliver North sebagai usaha untuk menutup rahsia penglibatan pentadbiran Ronald Reagen, Presiden Amerika menggunakan CIA dalam aktiviti jahat menumbangkan sesebuah kerajaan di negara luar. Oleh kerana operasi CIA di luar negara telah terbongkar, Reagen telah menubuhkan NED sebagai Yayasan Projek Demokrasi dan semua operasi jahat CIA sebelum ini diserapkan ke dalam NED. Klik di sini
Anwar Ibrahim Panel NED : Kesemua yang berada di dalam gambar di atas adalah peneraju utama NED. Dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis/Islam), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis/Islam) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)
Jawapan Billmon masih samar, tetapi difahami bahawa tujuan penubuhan badan seperti FFF adalah seumpama modus operandi Iran-Contra di mana CIA akan mewujudkan yayasan-yayasan kebajikan palsu untuk membiaya wang secara gelap kepada pihak yang disokongnya.
Jawapan ini dijelaskan lagi oleh laman web Moon of Alabama, bertajuk, “Wolfowitz, CIA, Lebanon – Get the picture? “. Pemilihan Lubnan sebagai ibu pejabat FFF bertujuan untuk membantu secara gelap kumpulan Fatah melawan kumpulan Hamas. Klik di sini
Lebih menarik lagi Morton Abramowitz, Richard Allen yang terlibat dalam ICG adalah bekas pegawai CIA Reagan yang terlibat dalam skandal Iran-Contra. Klik di sini

Kenapa Dr Bakri Musa memperaku Anwar Ibrahim sama dengan Anwar Sadat ?
Ketika selesai Anwar menyampaikan ceramah bertajuk “Democracy and the Muslim World” pada 11 Oktober 2006, salah seorang penonton yang mendengar ceramah itu di Stanford University membuat kesimpulan bahawa inti ceramah Anwar seperti saranan Anwar Sadat.
Penonton yang membuat komentar itu adalah Dr Bakri Musa, rakyat Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di Stanford dan menetap di Amerika.
Persoalannya, kenapakah Dr Bakri Musa, pakar bedah yang pintar boleh menyamakan peranan Anwar Ibrahim seperti Anwar Sadat ?
Persoalannya siapa Anwar Sadat ? Kenapa Anwar Sadat disamakan dengan Anwar Ibrahim ?
Anwar Al Sadat adalah nama kepada Muhammad Anwar Al Sadat, bekas Presiden Mesir yang mati dibunuh pada 6 Oktober 1981 kerana menandatangani perjanjian damai antara Mesir-Israel anjuran Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter di Washington DC, pada 26 Mac 1979.
Perjanjian itu dibuat antara Anwar Al Sadat, Presiden Mesir dengan Minster Menachem, Perdana Menteri Israel selaras dengan Camp David (1978) anjuran Amerika Syarikat.
Persoalannya benarkah peranan Anwar Ibrahim sama dengan Anwar Al Sadat sepertimana yang didakwa oleh Dr Bakri Musa ?
Kalau tidak benar kenapa pula Dr Bakri Musa, seorang blogger terkenal boleh membuat dakwaan seperti itu ?

No comments: